sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Jun 28, 2014

resepi nasi ayam cinta kasih sayang intan payung

peringatan!!baca perlahan lahan,jangan gelojoh.mungkin sedikit panjang,tapi tak apa.ifnir niat nak ajar ^_^


apa dah jadi dengan kisah kelmarin?jadi ke nasi ayam?hahaha


ok,tajuk tu reka,haha..setelah meng'google' situ sini,maka gigihkan diri buat jugak nasi ayam.takut je tak menjadi,tapi dah kawen ni kena berani jugak.klw sebelum kawen xde nye nak buat.tak pernah amik tahu pn.haha.sekarang benarlah orang kata,dh kawen memang automatik akan pandai masak.memang betui,cuma nak kena ada basic je.maka,all is well! (3idiot)

siap je hidang untuk suami,menjerit jerti happy suami..suka nya dia tengok..tu belum rasaaaaa~~


resepi ni ifnir combine,plus minus,adjust sana sini supaya senang nak diingat dan dihafal.gitu la kekdahnya ifnir belajar memasak.resepi ni juga ifnir buat ikut strategi macam ifnir buat.plus,bahan tak cukup pun.


sediakan bahan2 

barang yang tak ada : lesung batu
bahan blend : bawang putih,bawang merah,halia *blend dulu

pertama
SUP AYAM
bahan :
ayam -ayam ifnir potong kecik2 dah.ayam ni makesure yang nak digoreng ya (step kelima)
kentang
carrot
bawang putih
halia
bahan blend
  1. perapkan ayam 30min dengan halia,bawang putih yang dicincang *tambah bahan blend
  2. masukkan air kedalam periuk,make sure lebih untuk kegunaan masak nasi and sup sekali..
  3. carrot dan kentang *tambahan ikut suka,kali ini ifnir letak,kalau tak letak,skip terus step no5 ya
  4. rebus dulu carrot dan kentang dalam 8min *sebus sampai separuh masak
  5. masukkan perapan ayam tadi (no1)
  6. tunggu ayam empuk *ifnir golek2 tgk tv dulu.
  7. sup siap!perasakan dengan garam.kenapa garam letak lambat?sebab nak rasa dulu,xmo masin2 terlebih sebab air makin berkurang bila air direbus,nampak tak subjek kimia diapply di dapur?hehe
kedua
NASI AYAM
bahan :
beras
marjerin
bunga lawang -bahan menumis
kulit kayu manis -bahan menumis
buah pelaga -bahan menumis
bahan blend
  1. basuh beras toskan *ifnir pakai beras wangi
  2. on rice cooker
  3. masukkan mentega *ikut kesesuaian
  4. tumis bahan menumis
  5. masukkan bahan blend *ikut kesesuaian banyaknya
  6. masukkan beras yang dh ditoskan tadi,gaul2 manja
  7. masukkan sup ayam tadi tinggi sikit dari nasi
  8. tutup rice cooker
  9. nasi masak,gaul2 manja,rasa.kalau suka masin,letak garam sikit
  10. siap!
ketiga
SOS PEDAS
bahan:
lada besar hijau *ifnir xde lada besar merah
lada kecil/cili api
garam
gula
  1. blend semua *xmau pedas,jangan letak banyak lada kecil/cili api
  2. letak garam gula.rasa kan ikut kesesuaian
  3. letak sup ayam tadi sedikit.rasa
  4. siap!
keempat
KICAP
bahan:
kicap
  1. letakkan kicap dalam mangkuk,letak sup ayam tadi sedikit.rasa
  2. siap!
kelima
AYAM GORENG MADU
bahan:
ayam yang direbus tadi
sos tiram
madu
kicap

  1. kelar kelar sikit isi ayam kalau isi ayam tebal
  2. perapkan semua bersama
  3. panaskan minyak dalam kuali
  4. masukkan ayam perapan tadi,sekejap je like touch n go sebab ayam dah empuk kan
  5. siap!
dah siap?hidangkan laa..hehehe

suami puji melambung..siap cakap,kalau buat ari sabtu boleh makan lunch and dinner,baru puas hati.hehe.ni masak untuk dinner je..



suami dah rasa nasi,rasa sup,rasa ayam goreng,,walaupun ifnir guna isi ayam,tapi marinate tu masuk sampai ke dalam isi ayam tw..semua lulus..cuma sos pedas tu kena improve lagi.overall dia suka sebab dia tambah nasi.alhamdulillah..nasihat untuk korang yang nak kawen,jangan takut laa.masak je dan percaya dengan diri sendiri dan masaklah dengan penuh perasaan kasih sayang,ikhlas terhadap suami,keluarga.insyaallah menjadi.

gittewww~

3 comments:

Unknown said...

sedapnya ifnirrr..tmbah2 home made..mesti bestt..hehehe

Unknown said...

sedapnya ifnirrr..tmbah2 home made..mesti bestt..hehehe

cheekychubbycutegirl said...

hehe..first attempt..syukur menjadi.ada rasa nasi ayam.hehehe