sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Jul 3, 2014

nasi daging dan air asam darurat untuk 2orang makan.senang lagi mudah.simple!

salam ramadan ke 5..amacam puasa harini?makan kenyang sampai jadi ulor sawa ke?ish3..kesian korang..harini ifnir masak menu nasi daging dan air asam.untuk pengetahuan korang,makanan ni makanan orang kedah.almaklumla,suami ifnir orang kedah.so dia teringin nak makan nasi daging air asam ni..memang sedap pun nasi daging ni.*bukan puji,tapi hakikat.hahahaha

sebab apa tajuk darurat??sebab resepi ni ifnir buat bagi simple sesimplenya.supaya semua orang boleh buat.tak tahu la kot ada lagi yang simple dari ni.hahaha..kalau ada,nk tahu jugak..
resepi ni ifnir buat untuk dua orang makan.sebab kami berdua je yang makan.hehehe

so,meh la kita share resepi nya...

sedapppp!hingga menambah nambah suami ifnir makan.heheehe


Bahan Sup Daging

  1. daging dalam besar 2tapak tangan gadis
  2. setengah biji bawang besar *potong 4
  3. rempah 4beradik -buah pelaga,kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang
  4. sup bunjut
  5. sedikit kiub ayam
  6. garam gula secukup rasa


cara buat:

  1. tumis bawang besar dan rempah 4beradik sampai naik wangi,jangan hangus
  2. masukkan daging bagi kecut sikit
  3. masukkan air,banyak,untuk guna bersama nasi nanti
  4. didihkan bagi daging lembut
  5. perasakan
  6. siap!


daging tersembunyi bawah nasi.hahaha


Bahan Nasi

  1. 2cawan nasi *beras wangi-basuh dan toskan
  2. 3cawan sup daging tadi
  3. marjerin
  4. puri tomato *ifnir xde puri tomato,so,amik tomato sederhana saiz,rebus bagi lembut,cincang halus
  5. setengah biji bawang besar cincang halus
  6. daun limau purut 
  7. 8sudu besar susu segar/susu cair
  8. 1sudu besar rempah sup/rempah kurma *gaul dengan air bagi rupa macam pes
  9. ambil daging dari sup daging tadi
  10. garam gula secukup rasa


cara buat:

  1. panaskan rice cooker,tekan cooking
  2. masukkan marjerin 1sudu kecik
  3. masukkan bawang cincang,tumis sampai kekuningan
  4. masukkan pes rempah sup tadi,tumis sampai pecah minyak
  5. masukkan puri tomato
  6. masukkan susu segar,daun limau purut
  7. masukkan daging yang telah direbus tadi,gaul manja,
  8. masukkan beras yang dibasuh tadi,gaul manja
  9. masukkan sup daging kedalam rice cooker,make sure sup tinggi dari nasi,takut nasi tak masak
  10. masukkan garam gula bagi ada rasa lemak,gaul manja *rasa sup daging dulu,kalau sup dah masin,jangan letak banyak sangat garam dalam nasi,nanti terlebih masinnya.
  11. tutup periuk nasi.tekan cooking
  12. siap!


gini la rupa air asam kalau tak kenal..haha..meh tgk cara buatnya pulak


Bahan Air Asam

  1. cili kecil cincang kecil
  2. cili besar cincang kecil
  3. tomato potong sederhana besar
  4. air asam jawa pekat
  5. bawang besar cincang halus
  6. sedikit sos,jangan banyak naaaa!
  7. garam gula secukup rasa


cara buat :
satukan semua bahan.siap!


siap dah pun nasi daging ifnir.senang je buatnya,tapi lama jugak kat dapur sebab first time buat,dan ianyan menajdi.suami kata sedap!!makan menambah nambah..ha,tengok,ulang lagi ayat kat atas.memang betui suami suka..happy tw tengok masakan kita orang makan dengan selera nya...

macam biasa,masaklah dengan kasih sayang..insyaallah,sedap tu akan turun dari air celah jari kita..*make sure kuku pendek,tangan sentiasa bersih..baru berkat makanan nak bagi makan kat suami..

selamat mencoba!


2 comments:

Unknown said...

sedapnyaaa ifnirrr!! nape la tgk time pagi2 ni..hihi

btw, selamat berpuasa. klu ada masa, jemput join GA. :)
http://sfaezah.blogspot.com/2014/07/giveaway-ole-ole-kota-singa.html

cheekychubbycutegirl said...

faezah buat giveaway ek..ok2,insyaallah ifnir join :)