sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Aug 20, 2067

wishlist lepas kawen *sticky post.scroll down

Ni sticky post tw..tetap melekat smp sume wishlist skrg atau akn dtg tertunai..sila scroll bawah lagi untuk baca entry terbaru..scroll ttw.jangan tak scroll..kita paksa ni.hehehe

Hope jadi impian..aamiin..sape2 baek hati nk bg hadiah,memang ifnir terima dengan hati terbuka..baek nya korang ni.haha




.nak pantang bersalin kt umah sendiri ngn suami ngn baby.hehe..
.nk babies anak2 yg menurut perintah allah taala
.Pegi mekah sama2 suami
.Solat jemaah sama2 suami anak2
.kaen smyang travel..nk sgt3!! 
.powerbank yg limited edition ngn gmbr kiut..tapi sekarang ok lagi bateri nottu ni.tahan lama..suke ^_^..
.honeymoon ngn suami..teringin nk mkn sayur cameron highland lagi..
.jam tangan..
.nak pegi port dickson.xpernah smpai.sobsob..tapi nak pergi musim mendung.aci x?gedix!
.belajar masak smpai hebat mcm masterchef tapi nk suami teman masak kt dapur..
.nk hias rumah sama2..deco harus simple cute mcm kami.kahkah..
.nak shade yg macho.yg seswai ngn muka ifnir ni.mne mau cari.mata asyik silau.pening kepale den
.nak beli water filter untuk dapur..kalau boleh yg jenis ionizer gitu..baguih ntuk badan..boleh buang lemak,kurangkan acid dlm badan..ehh,ofis ifnir ade jual tw.nanti mmg nk beli jgk water filter ni..


.azam 2015/2016:
Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
  • Elakkan minum air kelapa
  • Elakkan angkat menda berat,berjalan terlampau byk
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).


Ape lg ekk..ermm..nnti klw ingt ifnir tmbah lagi..

Oct 7, 2015

alhamdulillah..rezeki dari allah,2015

syukur,setelah menanti sekian lama..alhamdulillah..alhamdulillah..tidak henti ku ucapkan syukur kepadaMU allah..

terima kasih..semoga membesar dengan sihat ye sayang :)

Jun 7, 2015

remuk rasanya tengok org baru kawin dh mengandung

Lepas sorg sorg kwn2 skolah kawen.senior,junior..dan semuanya pun dah mula ada isi baby dlm perut..tu belum lagi yg dh beranak..scroll fb nampak gambar diorang dgn belly,dgn hashtag pregnant,dgn gambar2 shopping baju baby..yaallah,remuknya hati ni..

Kadang2 rasa mcm nak unfriend je dorg.tapi terpikir berdosa ke tak ek kalau aku buat mcm tu.jahat ke kalau aku buat mcm tu?.boleh ke aku buat mcm tu?

Serius,rasa tak kuat sgt nak hadapi semua tu..rasa nak lari jauh2..xnak jumpa org lain,lagi2 org pregnant.aku jeles..dosa ke aku jeles dgn org yg boleh mengandung?

Yaallah..aku tak kuat..

Org sekeliling mmg tak faham apa yg aku alami.yg dorg tahu,aku digesa pergi klinik cek itu ini.buat itu ini.bukan aku tak nak buat..aku kekurangan duit,bukan merungut,tapi utk pergi ke klinik perlu ada duit dahulu sebelum cek up.yaallah..besarnya ujianMu.


Aku sunyi..kadang suami outstation,tinggal aku sorg2 kat rumah.aku tak de teman nak bersembang.nak dipeluk dan bermanja.

Aku sunyi..hurmmm...

Mungkin aku belum cukup amal sebab tu allah masih belum makbulkan doa aku ni.

Aku harap,aku diberi kesempatan utk menjadi ibu kepada anak2 aku sebelum aku tutup mata selamanya.aamiin..




Mar 31, 2015

malaya beard oil COD BINTULU,POS SELURUH MALAYSIA



pe kabar korang?macam mana kehidupan hari ni?ok saja?up entry ni sebab nak gtw ada produk baekkk punya,MALAYA BEARD OIL.
special untuk lelaki plak*biasa produk perempuan je kan..

sebelum apa-apa hal kena tahu dulu,kelebihan simpan janggut???


Kelebihan menyimpan janggut :
? Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
? Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. (panjang nau na
ma bakteria). oleh itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
? Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
? Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutunya dia akan menjadi seseorang yang lebih bijak.
? Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.
? Mengelak daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma.
? Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
? Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.


tak nak simpan janggut?boleh je,xde hal..tapi ada la sikit kekurangan

Kekurangan Mencukur Janggut :

? Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.
? Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah makruh. Pls Jom share pada rakan2 dan sahabat.



tangan suami saya berlatar belakangkan bandar bintulu


PROMOSI Malaya Beard Oil..
- 1 btol (30ml) RM 50 termasuk poslaju
- bau native (limau citrus)

Tempahan/Pertanyaan : sms/whatsApp 'MBO' ke 019-5547714 (napi)



Jan 16, 2015

Apa perasaan korang kalau pasangan korang curang?

Apa perasaan korang kalau tengok orang yang korang sayang,chatting2 senyum2,bila kita intai and tanya kenapa,nak tengok,nak baca,dia tak bagi..??

tu kalau laki buat kat bini,cuba kalau bini awak buat kat awak..apa perasaan awak?
sebelum kita buat apa yang boleh sakitkan hati orang lain,cuba pikir dlu,apa perasaan pasangan kita kalau kita ada kat tempat dia..awak tengok bini awak main2 mesej dengan orang lain(mungkin lelaki,mungkin perempuan).yang jadi masalah sebab pasangan awak tu sorok tak bagi baca.apa perasaan awak?

bila ditanya kenapa sengih2,gelak2 pun tak dijawab..siap jawab xde apa apa...apa perasaan awak?

cemburu?sakit hati?marah?sedih?ke happy?-gila kot kalau happy tengok bini awak mesej2 ngan orang laen...jenis tak de perasaan kot.ahaha

tipu kalau tak cemburu,jadi kalau tak nak rasa cemburu tu,cuba la ikhlas dengan bini awak..jangan sorok2,cuba share everything selagi boleh laa..apa nak malu,dah jadi laki bini.semua pun dah share,dah tengok.tetiba hal mesej2 nak sorok sorok..sesuatu sangat!!

bersyukur lah sebab dapat bini yang ikhlas,setia,baik,jaga makan pakai..jaga luar dalam,jaga perasaan awak sebab tak buat yang bukan bukan..ingat tw,dia tu cantik cun melecun ramai gila orang minat kat dia,tapi at last awak jugak yg dia pilih.sebab apa dia pilih awak?mestilah awak yang paling special bagi dia.so hargai lah dia,orang yg dari dulu awak nak sangat,sanggup berkorban apa saja sebab nak dapatkan dia..

jagalah perasaan bini awak tu..


ok lah,aku rasa emotional sangat taip entry ni sebab geram dan marah dengan lelaki yang tak jujur dan tak setia..sebab dengan yang dulu la ni yang buat aku rasa macam lelaki ni semua sama..tapi aku bukak kan hati aku untuk terima sidia(suami aku sekarang)...serius sejak kes tu,aku jadi jenis payah nak percaya dengan sesiapa pun!!!!!!!!


Waktu Sesuai Untuk Berasmara

Perlukah waktu spesifik untuk mengadakan hubungan asmara dengan suami/isteri? Tentu sahaja kita semua tidak pernah terfikir tentang hal tersebut. Tetapi tidak salah untuk mengambil tahu jika benar ada kewajarannya terutama sekiranya anda merancang untuk menimang cahaya mata.
.
Seawal 6 pagi adalah waktu yang paling baik bagi seorang lelaki untuk bersama isterinya. Pagi hari adalah waktu penuh libido seorang lelaki, tetapi ia merupakan waktu di mana wanita baru bangun daripada tidur dan tidak bersedia untuk hubungan seks.
.
.
8.00 - 10.00 pagi
Ini adalah waktu di mana wanita bersedia untuk melakukan hubungan asmara bersama suami dan keinginan itu begitu tinggi tetapi biasanya pada waktu ini keinginan lelaki sudah menurun. Bagaimanapun jangan bimbang kerana sang suami tetap boleh ‘dibangunkan’.
.
.
12.00 tengahari -2.00 petang
Ketika ini masing-masing sibuk dengan dunia sendiri dan bersiap untuk menikmati makan tengahari.
.
.
2.00 - 4.00 petang Ketahuilah bahawa inilah waktu paling sesuai untuk merancang kehamilan. Pada waktu ini sistem reproduksi wanita berada dalam keadaan yang sangat baik, dan kualiti sperma lelaki juga pada prestasi baik di waktu ini. Jadi, sekiranya anda merancang untuk mengandung, silakan guna waktu ini sebaiknya.
.
.
8.00 - 10.00 malam
Biasanya ketika jam ini, wanita berada pada paras ghairah dan bersemangat untuk melakukan hubungan seks, sedangkan lelaki bersikap ‘okay saja’. Dengan kata lain jangka masa ini adalah waktu paling tepat untuk berasmaradana.
.
.
10.00 malam - 12.00 tengah malam
Paras melatonin dalam badan wanita meningkat sehingga walaupun mereka berjaga malam, mereka tiada keinginan untuk berasmara sedangkan lelaki pantang diajak, boleh sahaja.

Tanda Tanda Lelaki Subur

 heart emoticon
Perihal tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;
1 Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.
2 Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.
3 Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.
4 Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.
5 Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.
Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki perlu juga di ketahui. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.
Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.
Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.
heart emoticon Pengaliran Sperma Yang Mantap:
Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat jika melakukan hubungan seks setiap hari terutama pada waktu isteri itu subur.
Ini tidak benar. Walaupun lelaki mampu menghasilkan begitu banyak sperma pada setiap hari (150 – 250 juta sehari) namun ia memerlukan juga sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tidak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasme.
Jika hubungan seks di lakukan selang sehari atau dua hari sekali, sistem pancutan atau pengaliran tidak tergendala atau lemah maka banyak sperma dapat di salurkan ke dalam faraj.
Jadi seeloknya jika mahukan cahaya mata lakukan hubugan seks bersama isteri selang sehari meskipun pada waktu isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.
heart emoticon Air mani cair tidak bermakna tiada benih:
Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.
Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.
Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj.
Petikan dari Mingguan Wanita 13-19 April 2007

Jan 13, 2015

Tip Memarahi Anak Dengan Cinta

Tip Memarahi Anak Dengan Cinta 
1. Istighfarlah sebelum memarahi.
Bila 'marah', itu suasana hati yang 'manusiawi'. Ia sekelip mata boleh bertukar menjadi 'syaitoni'. Tindakan 'memarahi' mesti bersama suasana hati yang bersih, bukan emosi tak terkendali. Istighfarlah.

2. Terangkan akibat setiap perbuatan, bukan ancaman menggunakan posisi kita yang lebih tinggi.
Contoh:
"Kalau adik tak patahkan barang kakak, nanti Allah sayang. Malaikat catat, adik ni baik. Pandai jaga barang kakaknya."
Contoh ancaman:
"Hah gaduh? Nak kena tambat atas pokok!"

3. Ajak anak berjanji dengan Allah.
Contoh:
"Ummi tak suka marah kakak. Ummi suka senyum je untuk kakak. Tapi Ummi terpaksa marah kakak kalau kakak ada sebut perkataan tak soleh. Ummi malu dengan Allah kalau kita mungkir janji. Kitakan dah janji, nak jadi hamba Allah yang berakhlak mulia."

4. Sesekali, ajar anak yang sering menganiaya adik beradiknya yang lain tentang 'keadilan'. Ajarkan juga anak yang dianiaya tentang 'kemaafan'.
Contoh:
Si adik suka tarik rambut abangnya.
Sesekali, pegang si adik dan serahkan kepada si abang, katakan, " Orang yang tarik rambut orang, boleh ditarik rambutnya."
Tapi sebelum si abang tu bertindak, bagi mind set kaw kaw dulu, " Tapi, abang ni pemaaf kan? Abang tak nak tarik balik rambut adik, kan? Abang tetap sayang adik, kan?"
" Mari kita peluk dan berkasih sayang."

5. Jangan melabel buruk dirinya.
Contoh:
"Dasar anak derhaka."
"Bodoh!"
"Nakal!"
Lebih baik tukar kepada...
"Dasar ahli syurga firdaus."
"Bakal ulama!!!"

6. Marahi kesalahannya sahaja, bukan keseluruhan dirinya.
Contoh:
Anak menangis dan mengoyakkan buku kerana kecewa hasilnya mewarna comot. Habis rumah bersepah dan ia mengundang marahnya ibu.
Katakan padanya,
"Masa umi kecil dulupun, umi mewarna comot juga. Tapi umi cuba lagi sampai dapat. Kakak bukannya tak pandai mewarna, tapi Allah nak kakak cuba lagi."
Contoh melabel keseluruhan:
"Bodoh sombong."
7.Pastikan tindakan 'memarahi' berakhir dengan menyejukkan emosinya. Jelaskan padanya, "Ummi dan Abi sangat sayangkan
kakak kerana Allah."

Jan 7, 2015

Malaya Beard Oil : Hilangkan stress dengan Homemade Pisang Cheese di Bintulu

selamat hari rabu..
amacam hari korang?

hari baru,tahun baru,7januari2015
macam biasa lah,belek2 fb,nampak status kawan yang baru kawen disember 2014,mengandung,bunting pelamin la kan kiranya?ermmm..
nak komen apa,tahniahkan jela.walaupun hati perit jugak sebenarnya..

tetiba rasa down,lepas drop komen,terus masuk toilet,dari mengalir air mata depan laptop,baik amik air smayang,solat..adoii,sarat nya rasa hati ini..lepas dah solat,gtw suami pasal kawan yg bunting pelamin..tak panjang pun perbualan kami.

rasa sangat tertekan sebenarnya,sebab hari hari sunyi je rasa.sunyi dengan kehadiran seseorang yang boleh hiburkan hati time suami g kerja..keletah anak anak kan comel.kiut,tengok perubahan dan pembesaran dia depan mata..

hope sangat,tahun ni ada rezeki kami timang cahaya mata..seriusly,memang dah tak keruan sebenarnya.haritu ada order Furmon.niat di hati nak betulkan apa yang sakit2 ni.senggugutlah..insyaallah esok sampai la kot.nak sapu hari hari,mungkin juga kena jaga makan..ermmm...bila dah stress,cemana?

lastlast buat pisang cheese.goreng,pisang goreng,parut cheese..ala,ifnir makan 1batang setengah pisang je..cukup la..buat lepas gian..hehe

dah la,tak mau sedih sedih.sebenarnya,ifnir benci sangat ngan FB..sebab rasa tak bebas nak merapu.kalau kita post macam2 kat fb,meroyan sana sini.abes semua orang taw.pastu mula la sibuk sibuk..sebab tu sampai sudah ifnir prefer blog.biar lah ifnri merapu kat sini.

kadang kadang nak merapu ngan suami pun tak sempat dah sekarang,masing2 bz ngan bisnes.

jemput la ke page kami, Malaya Beard Oil..beli sebotol dua yang pasti dapat lah ubat duka dihati ifnir yang lara ni..bila niat mcm ni ada dihati korang,mesti lah korang dapat pahala sebab happy kan ifnir. :D


thank korang yang support kami.

dah la,ifnir nak sambung tengok siapa lagi yang sudi happy kan ifnir.. ^_^

Jan 5, 2015

tahun 2015 dengan azam yang baru,kami nak baby :)

selamat tahun baru semua..
potpetpotpet,dah 5jan uolls!
kejap je masa berjalan..
bisnes pun alhamdulillah,rezeki dari allah,mungkin juga rezeki untuk baby
allah suruh prepare dulu duit,so nanti dah ade baby xde la kalut sangat kan..hehe

makin banyak kami restock MENSIVE BEARD OIL
fuyoo!!alhamdulillah..terima kasih korang yang support.

dan yang paling penting,tahun ni ifnir berharap sangat ifnir dan suami dapat baby.yaallah...
semoga allah makbulkan doa kami ini.kami dah bersedia..
mungkin tahun lepas duit tak ckup lagi,tahun ni insyaallah,kami tahu setiap anak yang lahir tu ada rezeki dia..allah dah bagitau..so kita usaha doa tawakkal la..

korang,tolong la doakan sama,untuk ifnir.semoga dapat rezeki baby tahun ni..memang betui2 nak..impian yang paling besar dalam hidup ni..

dulu impian nak kawen before 2014,tercapai jugak.alhamdulillah.hehe.bukan sebab gatai,tapi tu lah namanya impian..tak salah berangan,mana tahu jadi kenyataan kan..tapi disamping tu berusahalah jugak kan.hehe

so,tahun ni kena jugak ada baby..tak kira.tak kira..tapi kalau allah dah cakap belum waktunya,kami redha.tapi kami akan terus berusaha..fightingg!!!!


^_^