sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Mar 2, 2012

khianat


ALOR GAJAH: Polis mengesahkan bom yang menyebabkan seorang wanita parah di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina di sini, semalam, buatan sendiri dan bahan utama untuk membuatnya ialah minyak tanah, selain bahan lain yang belum dikenal pasti.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya juga percaya sasaran utama perbuatan khianat itu bukan Norasyikin Md Esa, 27, tetapi abangnya, Syaiful Ezwan, 35 kerana nama lelaki itu tertera di atas kotak berkenaan.

“Bagaimanapun, Unit Bom dan Forensik polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan bom berkenaan serta motif kejadian.
“Yang pasti kotak berkenaan tertulis nama abang mangsa dan kami percaya ia ada kaitan dengan kejadian ini. Polis juga akan menemubual semua ahli keluarga mangsa bagi menyiasat sama ada kejadian berkaitan dengan perniagaan abang mangsa,” katanya.

No comments: