sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Oct 30, 2014

Tips memilih ikan yang segar bugar dari laut

hai korang.dah makan ikang?hehe

saje je tanya soklan gitu..entry ni kan pasal ikan..hehe..sape suka makan ikang?boleh angkat ketiak.siapa yg suka,kita leh geng.ifnir pun suka.xtahu la kenapa suka sangat makan ikan.siap boelh ratah sebenarnya.cemana nak ratah?mesti lah buat ikan celup tepung..whoaaa!!rindu kampung!!

bila la boleh balik terengganu.nak makan keropok lekor,nak makan tepi pantai ada ICT IKAN CELUP TEPUNG,SOTONG CELUP TEPUNG,makan abc,heavennyeee~
padahal kat terengganu tu ikan dia mahal sikit compare ngan bintulu ni,tapi sebab ifnir nak feeling makan tepi pantai tu yang je sebenarnya..

bintulu ni bes,ade pisang cheese.maveles wehhh!!
rasanya nak ajak suami pergi lagi la makan pisang cheese..yeaay!!!

ok2,dah,kita sambung pasal ikan dah macam nelayan yang dealing dengan customer.hehe


dulu ifnir ni alergik ayam,naik gatal kalau makan ayam,time tu duk hostel,memang la,tahap mana sangat kebersihannya kan,nk masak banyak.sebab tu dulu kuruihhhh!lani kuruih jugak.hahaha.duduk umah parent yg uruskan hal barang dapur,mana ada ifnir amik kisah.haha..now,dah kawen.baru la tahu cemane.baru terkedek kedek nak belajar cara nak kenal ikan segar..

so,jom kita berkenalan dengan ikang!!!hehe


1. Mata Ikan

Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan ada lendir lagi.Ini baru segar! Yang penting beli yang ikan matanya merah. Ini selalu kita dapati di pasaraya besar dan ‘hypermarket’ yang jual macam ‘nak tak nak’.

2. Insang Ikan

Tengok insang ikan dan pastikan masih lagi merah serta berlendir. Kalau nampak kekelabuan, ternyata ia ikan lama yang dibekukan.

3. Isi ikan

Tekan sedikit bahagian badan ikan dengan jari. Pastikan isi ikan pejal dan tidak lembik.

4. Perut ikan

Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik, jangan beli. Ikan lama!

Ini info tambahan dari :

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan segar ialah:
Warna kulit terang dan cerah.
Daging ikan bila ditekan terasa keras.
Mata jernih menonjol dan cembung.
Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan mengkilat, sisik masih utuh tidak banyak yang lepas.
Insang berwarna merah
Sirip kuat.
Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
Tidak berbau busuk.

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan yang sudah busuk ialah :
Mata suram dan tenggelam.
Sisik suram dan mudah lepas.
Warna kulit suram dengan lendir tebal.
Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
Dinding perut lembik.
Warna keseluruhan suram dan berbau busuk


xsalah share kan..saja simpan sini,senang nak cari..
ihsan from penmerahdotcom

2 comments:

Kereta Sewa Shah Alam said...

Tips terbaik.. setuju pasal ikan kat pasaraya semua mata merah je, tak ikhlas tul. hehe

cheekychubbycutegirl said...

itu laa..sian kita kena tipu.sobsob~