sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Sep 23, 2011

sayur banyak membantu

selamat bersiaran,dah lama ifnir x bersiaran kan..hehe..bz la sekarang ngn projek tahun akhir..wah!!dah senior..hikhik..tadi duk godek godek pakcik google sebab ifnir nak kumpul maklumat untuk buat projek yg diberi kepada ifnir..projek untuk pejabat pertanian pahang..maka,bila sebut je pasal pertanian,msti la berkaitan ngn sayur kn.hahaha..ni la hasilnya..tadaaaa!!!! 


sharing is caring..erkkk..kalau owner marah cemane?emmm...sori ye terpaksa cilok tuan empunya try masak..nak register dah xsempat la..tolong la jangan sama saya.hehe








1. Kobis ubati ulser



Kobis mengandungi belerang iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus.


2. Bendi bantu perkembangan otak 
 


Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. 

3. Kucai ubati senggugut


Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Ia juga  bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi peransang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.


4. Peria rawat penyakit kencing manis
 

Kandungan bahan yang menyerupai insulin di dapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis boleh menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian terutama sekali sebelum sarapan.

5. Pasli turun tekanan darah, lawas air kencing

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.


6. Lobak selesai masalah penghadaman

Ramai yang tidak mengetahui bahawa lobak putih mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.




Lobak merah pula sangat baik untuk penglihatan kita. Ia juga mengandungi serat dan karotena iaitu sejenis vitamin A yang boleh membersihkan sistem penghadaman serta membuang lemak dengan cepat.

7. Daun salad atasi insomnia

Daun salad kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink yang mengandungi lactucarium untuk bertindak sebagai sedatif. Ia merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Malah, ia juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda. 


8. Timun merawat kecacingan
 
Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Juga boleh sebagai penawar kepada mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk. Caranya dengan mencampurkan biji timun bersama sedikit garam dan dikumur beberapa kali sehari. Ia juga boleh mengembalikan suara yang hilang.

9. Pudina redakan kekejangan otot

Pudina bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus yang bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga digunakan untuk membuat ubat sapu bagi merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.

10. Kacang buncis turunkan tekanan darah

Kacang buncis kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah. Ia amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Selain itu ia juga mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.


11. Bayam elak risiko penyakit jantung
 

Bayam kaya dengan zat betaine dan baik untuk kesihatan jantung. Pengambilan sayur hijau setiap hari berupaya memperkecilkan risiko penyakit jantung sehingga 25 peratus. Selain itu, jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi penyakit  anemia iaitu sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air dan diminum dua kali sehari. 

12. Kaduk rawat demam malaria
 

Kaduk adalah sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Daun kaduk ini mujarab untuk merawat demam malaria. Air yang direbus dengan akar pokok ini pula dapat melawaskan kencing. Malah, ia juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.


13. Daun kari baik untuk peredaran darah

Daun kari baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif. Selain itu, ia berkesan bagi mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening bagi wanita yang mengandung. Malah, boleh menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit buang air berdarah. Caranya hanya dengan memasukkan ia ke dalam pelbagai jenis masakan contohnya seperti kari sardin, kari ayam, mi kari,dalca kari

 14. Kapsikum hilang penyakit darah beku

Kapsikum mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis. Selain itu ia juga dikatakan dapat meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan. Juga elok untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong.

15. Tomato elak risiko barah prostat
 

Tomato sangat sinonim sebagai makanan awet muda dan melicinkan kulit. Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%. Malah, tomato yang kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C sangat diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.


16. Terung pipit meredakan sakit perut
 
Terung pipit adalah tumbuhan liar yang biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Ia mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat, fosforus, zat besi, serta vitamin BI, A dan C.  Air rebusan terung ini dapat meredakan sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.







credit to : http://www.trymasak.my/blog/posts.php?author=trymasak&title=16+sayur+elak+pelbagai+penyakit

No comments: