sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

May 8, 2012

petua:ustaz fadzilah kamsah


20 PETUA MENDAPAT PASANGAN 
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.-org dekat mksudnya org yg kita kenal,bila berkenalan,jadi dekat la kan..xkan x kenal tetiba boleh berkenan..
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.-harap2 allah makbulkan doa aku..amin
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.-yg ni kena buang jauh2..ak akan usaha dan terus berusaha..mean ak masih perlu mencari.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.-klw nk yg baek,kita kena jadi baek...insyaallah
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.- yg ni pon same jgk,ak dh kena usaha lagi.dan lagi..
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. - yg ni kena pertingkatkan lagi..subhanallah,masih byk kekurangan dlm diri ak :(
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.-insyaallah aku cuba untuk bersikap lebih positif n baek.tolong ak kawan2 :)
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. - first impression..
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. - perempuan wajah n bentuk badan..mcm nk goda je..tapi tiap kali lepas ak jmpe orang yg ak kenalan kat alam maya,mesti xlama,pastu sume duk tinggal ak,dh xmo kwn ak...kontek lgi laa...xpe...sume tu ade hikmahnye
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.-yg ni slow slow..insyaallah..
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.-kne letak aimore byk2 lam mata,kasi mata bersinar2 ngn kasih syg.hahaha
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. -ermmmm
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).-menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian,padan muka
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. - berkawan xsalah kalau pmpn mulakan dlu,tapi tidak dalam lamaran*bagi pdpat ak la
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. - tapi ak pemalu..tahu gelak je.hahaaha
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. - oooo..kene seimbang la kirenye
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. - kawan pon xramai,ni kan bakal psangn..in future..bile agknye.hihi
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.- ermm...hal peribadi???kalau tny,bru den jwb
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita. - mencuba untuk tidak jadi seorang yg kekok berkawan
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci. - ak cuba menyukai ape yg ak bnci dulu..kate nk jadi positif

No comments: