sila tinggalkan jejak korang ye

thanx for visiting this blog

^_^
kadang-kadang kite mencari cari dimana matahari,tapi allah berikan petir untuk kite,puas kite mencari,rupe rupenyer allah nak bagi kite pelangi yang indah

thank you~

Jun 13, 2012

perempuan itu complex?


tanda star tu,i nye komen.huhu.meh tgk,sape kah pmpn itu..hihi
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. *x menitiskan air mata,tapi bergenang jgk laa...pastu duk termenung sorg2,nangis jgk jadinye
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. *betul
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan). *betul
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. *betul
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! *x sure lak yg ni..ermmm....malu ade laaa.haha
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. *aah,tpi klw puji tak ikhlas,baek xyah puji..
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.  *yup!!!determination
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. *depends...
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. *tak larat nk simpan lam hati lame2..
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. *ni dh melampau.lelaki kalau mulut xde insurans,sila jgn cari pasal.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. *aah..xyah laa plastik sgt..taubat xsuke srius2..sebab bile i start srius...korang lak yg mati.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. *ni aku sokong..hahahaaha..#klw ngn llki yg i suka je laa.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. *tw xpe,melting...tapi bgus jgk senyum,tanda happy kn..org xkan senyum kalau tak happy
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. *slow2,step by step
15.  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. *erm2..
16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! *betul tu,xtny,smpai sudah xtw
17. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. *xsure lak pasal ni
18. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. *study,study..pmpn mmg complex...
19. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri...*ermm,zaman cinta monyet sb gmbar kelas.haha..
20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! *buat pe ingt benda lame,biar jela dier jdi kenangan...mls i nk ingat
21. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. *erm..
22. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. *only if dier pn pernah lalui pe yg i penah lalui..
23. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. *jodoh kt tangan allah..biar jela..yg kite mmpu tolong,kite tolong..tapi better approach sndri..
24. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi. *i x sokong poligami dan tidak suka lelaki garang..
25. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. *ofkosssss!xsuke share2 kasih sayang #tamak.,except share ngan bakal mak mertua i..huhu.
26. Senjata wanita adalah airmata!! *tak jugak.i nangis bile rase sentap tu mai..sebab hati i ni lembut cm tauhu tw...
27. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. *mmg la romantik, tapi kalau beli bunga sebab nk sorok kejahatan main kayu tiga kat blkg i,tgk la pe jadi nnti...ade berani?
28. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… *pandai2 laa ekkk..i pon xreti.huhu
29. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.  *cuba la fahami hati perempuan..mmg setiap pmpn laen2 perangainye..banyak org,banyak ragam..still i xsuke share kasih sayang except ngn bakal mak mertua..that all.. :)

No comments: